Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Pegawai kanan polis bergelar ‘Datuk’ dipanggil SPRM

26 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawai kanan polis bergelar Datuk dipanggil kelmarin untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terhadap tiga pegawai polis lain berkaitan kegiatan penggubahan wang haram bernilai RM6 juta.

Menurut SPRM keterangan dari pegawai berpangkat Asisten Komisioner dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur itu adalah prosedur biasa siasatan dan ia perlu bagi mengesahkan jawatan serta peranan tiga pegawai yang sedang disiasat SPRM berkaitan kes itu.

Pada November media melaporkan tiga pegawai terbabit masing-masing berpangkat Deputi Superintendan, Assistan Superintendan dan Sarjan ditahan secara berasingan.

Ketika ditahan pegawai penguatkuasa SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga unit jam tangan berjenama Rolex dan sejumlah barang-barang kemas bersama mereka.

Hasil siasatan awal SPRM mendapati mereka ada kegiatan penggubahan wang haram melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dua daripada pegawai yang ditahan itu kini bertugas di Johor manakala seorang di Seremban, Negeri Sembilan.

Seorang daripada pegawai terbabit disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi dianggarkan melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang haram bernilai RM4.3 juta.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613) (AMLATFA) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.-bnbbc.my

SPRM AMLAAFTA_edited

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 December 2013 4:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: