Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes pukul: 9 pelajar sekolah menengah ditahan

17 APRIL: Polis telah menahan sembilan pelajar yang terlibat dalam kes pukul seorang pelajar lain dalam satu rakaman video yang tular menerusi media sosial semalam.

Ketua Jabatan Siasaran Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di hadapan Sekolah Menengah Bukit Jelutong, di sini selepas mangsa yang berusia 17 tahun membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Seksyen pada pukul 9 malam kelmarin.

Kesemua suspek yang merupakan pelajar sekolah yang sama dan masing-masing berusia 17 tahun.

“Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai pada pukul 4.45 petang pada dari yang sama mereka ditahan ,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Tambah Fadzil, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi pada 8 Februari lalu yang mana mangsa sebelum itu sedang berada di dalam kelas selepas tamat waktu rehat.

Bagaimanapun, salah seorang suspek kemudiannya datang kepada mangsa dan memukulnya dengan batang kayu penyapu dan disepak sekumpulan yang lain selepas dipaksa menyanyikan lagu ‘selamat hari jadi’.

Mangsa dan kumpulan suspek terbabit katanya dari kelas yang sama manakala kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 8:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: