Kategori Berita Antarabangsa

Kes rasuah Imran Khan gugur

15 DIS: Mahkamah Agung Pakistan hari ini mengetepikan pertuduhan rasuah ke atas pemimpin parti pembangkang, Imran Khan.

“Tiada kecuaian atau penipuan yang boleh dikaitkan dengan beliau.

“Justeru petisyen mengaitkan beliau dengan pertuduhan ini tidak mempunyai merit dan ditolak,” kata ketua hakim, Mian Saqib Nisar dalam keputusannya

Ia sekali gus memastikan bekas bintang kriket itu bakal bertanding dalam pilihan raya umum negara ini, tahun depan.

Menurut laporan AFP, Imran berdepan kemungkinan hilang kelayakan memegang sebarang jawatan politik selepas berdepan pendakwaan tidak melaporkan aset yang dibelinya di Gala Hills, Islamabad.

Bagaimanapun pertuduhan itu dinafikan sekerasnya oleh beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 December 2017 11:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: