Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kes tetak: 7 diberkas, polis buru 8 suspek

27 JUN: Tujuh daripada 15 suspek dalam kejadian menyerang seorang pemuda di Kampung Pengkalan Nyireh hingga mati pada Rabu lalu berjaya ditahan polis Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata lima suspek ditangkap pada malam kejadian manakala dua lagi ditahan semalam di rumah masing-masing di kampung Raja dan Kuala Besut.

“Sehingga ini polis sedang memburu sekurang-kurangnya lapan lagi suspek dan mereka dijangka akan diberkas tidak lama lagi kerana identiti dan alamat mereka sudah dikenalpasti,” katanya selepas menghadiri Majis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar hari ini.

Dalam kejadian pada 21 Jun, mangsa Nik Mohamad Shahrulanuar Nek Der, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diserang oleh 15 lelaki.

Sementara itu Zamri berkata pihaknya masih belum menemui senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu kecuali pakaian suspek dan telefon bimbit.

Tujuh lelaki berusia 20-an terbabit direman untuk disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 8:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: