Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kesal dan tiada niat cetus isu perkauman

12 FEB:  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kekesalan selepas kenyataannya pada 1 Februari lalu telah disalah ertikan oleh beberapa pihak terutamanya kaum Cina.

ismailsabridsJelas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu apa yang diprihatinksn olehnya adalah harga barangan yang sehingga kini masih tiada penurunan meskipun harga minyak sudah turun beberapa kali.

Berikut kenyataan penuh Ismail Sabri.

KENYATAAN MEDIA YB DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

1.           Kontroversi yang tercetus pada 1hb Februari 2015 baru-baru ini berhubung komen saya di status laman rakan facebook saya telah menarik perhatian rakyat berbilang kaum di negara ini.

2.           Komen saya yang dibuat secara tertutup telah di ‘viral’. Saya rasa kesal kenyataan itu telah menimbulkan sentimen perkauman. Segala kegusaran dikesali.

3.       Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan  polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih enggan  menurunkan harga barang-barang tanpa mengira kaum

4.       Perkara tersebut telah dibincangkan secara mendalam di Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak.

5.       YAB Perdana Menteri juga menyeru agar semua pihak menumpu perhatian kepada usaha-usaha yang dapat memupuk perpaduan nasional.

6.       Kabinet telah bersetuju bahawa isu ini perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

7.       Saya menyeru semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang.

8.           Para pengguna tanpa mengira kaum di negara ini juga perlu bersatu menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga-peniaga menurunkan harga barang-barang sejajar dengan penurunan harga minyak.

12 Februari 2015

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 8:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: