Kategori Berita Utama

Kesan jika gaji Ahli Parlimen naik terlalu tinggi

11 DIS:  Jawatankuasa Dewan Rakyat baru-baru ini dilaporkan sudah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi semakan semula gaji ahli-ahli Parlimen.

Semakan semula gaji itu bakal dibentangkan dalam sidang dewan tahun hadapan namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa jumlah kenaikannya masih di dalam peringkat perbincangan.

Jika melihat kepada cadangan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad yang menyarankan penggunaan indeks pengiraan mengikut  KDNK per kapita bagi, formula berkenaan adalah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam mengkaji semula kadar kenaikan gaji bagi wakil-wakil rakyat.

naikgajimpUmum perlu tahu bahawa gaji wakil rakyat tidak akan dikenakan cukai dan mereka juga mendapat kemudahan-kemudahan lain yang tidak dapat dinikmati oleh rakyat.

Selain gaji Ahli Parlimen ketika ini adalah  RM6,508.59, mereka juga memperoleh lain-lain elaun berjumlah kira-kira RM5,000 sebulan.

Mereka akan menerima faedah persaraan atau pencen jika  tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya satu penggal.

Kenaikan gaji yang besar sekaligus juga memberi kesan jangka panjang kepada kewangan membabitkan jumlah pencen yang perlu dibayar.

Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini turut mengumumkan kenaikan gaji bagi Ahli Parlimen mereka sebanyak 11 peratus turut mendapat bantahan ramai ekoran kadarnya yang terlalu tinggi.

Kenaikan itu disifatkan sebagai tidak berpatutan dan Menteri Keewangannya, Danny Alexander berkata bahawa beliau tidak akan menerima kenaikan tersebut memandangkan rakyat bakal menanggung kadar kenaikan yang tinggi itu.

Lagipun, keadaan ekonomi negara itu asih tidak stabil.

khalid-anwar1xx

KHALID…gajinya paling tinggi dengan tiga jawatan

 Justeru itu, kerajaan sewajarnya mengkaji kadar kenaikan yang setimpal  bagi mengelakkan negara menanggung  jumlah yang tinggi bukan sahaja ketika mereka masih berkhidmat tetapi pencen kelak.

 Berbalik isu kenaikan ini, ada ura-ura kenaikan gaji bakal mencecah RM16,000 iaitu sebanyak 146% berbanding jika mengikut indeks KDNK per kapita negara ianya hanya bakal mencapai jumlah maksimum sebanyak RM9,000.

Dengan kenaikan sebanyak itu, kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri akan menanggung jumlah yang tinggi untuk menyara wakil rakyat yang sudah pencen dan juga mereka yang masih berkhidmat.

Sebagai contoh, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menerima gaji paling besar selepas kenaikan baru-baru ini kerana selain Menteri Besar beliau juga  Ahli Parlimen dan juga ADUN.

Gaji beliau sebagai seorang Menteri Besar berjumlah RM29,250 manakala gaji ADUN RM11,250 sebulan.

Bayangkan jumlah akan diterima beliau jika gaji ahli Parlimen kini dinaikkan kepada RM16,000. Ini bermakna keseluruhan gaji  Khalid menjangkau RM56,500 sebulan dan tidak dikenakan cukai.

Dan dengan jumlah itu juga, Khalid bakal menikmati separuh daripadanya (RM28,250 sebulan) sebagai faedah persaraan dalam bentuk pencen untuk satu jangka masa yang lama.

Sebagai langkah untuk mengelakkan kerajaan menanggung jumlah yang tinggi bagi menyara semua wakil rakyat, selain gaji dinaikkan ikut KDNK, kerajaan boleh mempertimbangkan menaikan jumlah elaun  kerana itu lebih sesuai.

Elaun ahli Parlimen tertakluk di bahawa Akta Kertas Statut 235 yang membenarkan semua ahli untuk membuat tuntutan bagi elaun pemandu, elaun perjalanan, elaun telefon, elaun harian dan juga elaun hiburan.

Kenaikan jumlah elaun juga dapat membantu wakil rakyat untuk memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat dengan kenaikan-kenaikan yang difikirkan wajar contohnya melibatkan perutukan elaun untuk pegawai penyelidik dan lain-lain.

Lagipun, jika kenaikannya tinggi, ia dikenakan cukai.

Ketika ini, elaun diterima setiap ahli Parlimen RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 kerana menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 December 2013 1:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: