Kategori Berita Antarabangsa

Kesatuan Eropah adalah pembuli

30 APRIL: Mantan Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis mengkritik serta melabelkan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pihak yang suka ‘membuli’.

Memetik laporan The Telegraph, Varoufakis dalam satu wawancara berkata sedemikina selepas tindakan EU yang cuba campur tangan dalam politik di United Kingdom (UK).

Pada minggu lalu, Presiden Majlis EU, Donald Tusk memberi amaran bahawa masa depan Ireland Utara perlu diberi penekanan dalam rundingan Brexit akan datang.

Tusk juga dilaporkan sebagai berkata, Dublin perlu mengelak sebarang perbincangan mengenai perjanjian perdagangan dengan UK sehingga terdapat kemajuan dalam melindungi proses damai di Ireland Utara.

“Ini tidak masuk akal. Memang menjadi keutamaan untuk menangani isu-isu sempadan yang timbul daripada Brexit.

“Tetapi perkara ini adalah isu dalam UK atau dengan kata lain ia perlu diselesaikan antara London dan Dublin,” katanya.

Terbaharu, Parlimen Eropah menghasilkan resolusi bagi menggesa EU menghentikan penggunaan minyak sayuran termasuk sawit dalam biodiesel menjelang 2020 yang didakwa dihasilkan dengan cara yang tidak mampan dan membawa kepada penebangan hutan.

Jika resolusi ini dikuatkuasakan, negara pengeluar utama seperti Malaysia dan Indonesia berhadapan ancaman serta nasib lebih dua juta pekebun kecil di kedua negara juga terganggu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan bekerjasama dengan Indonesia dan Thailand untuk mengekang ancaman EU terhadap sawit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 10:41 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: