Kategori Ekonomi

Kesedaran rakyat terhadap PIDM bertambah

24 MEI: Tahap kesedaran orang awam terhadap Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) meningkat enam peratus kepada 59 peratus tahun lalu, berbanding 53 peratus pada 2015.

Menurut kaji selidik dijalankan perbadanan itu, tahap kesedaran mengenai Sistem Insurans Deposit dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful serta Insurans masing-masing meningkat kepada 50 peratus dan 34 peratus.

“Ia meningkat berbanding masing-masing 41 peratus dan 26 peratus yang dicatatkan pada 2015,” kata Laporan Tahunan 2016 PIDM yang dikeluarkan, Rabu.

Laporan tahunan itu mengetengahkan bagaimana PIDM menyediakan perlindungan deposit dan manfaat insurans serta takaful kepada rakyat di negara ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah (foto), berkata pada tahun lalu, PIDM menjalankan simulasi pembayaran balik bagi andaian pembubaran bank ahli bersaiz sederhana.

“Kejayaan kami menyempurnakan latihan ini menunjukkan sistem dan kakitangan boleh melaksanakan pembayaran balik deposit dengan pantas serta tepat kepada pendeposit, sekiranya diminta berbuat demikian,” lapor BH Online.

Pada 2016,  perbadanan itu mencatat pendapatan RM557.4 juta dengan lebihan bersih operasi RM458.5 juta, meningkatkan jumlah dana dan rizabnya kepada RM3.1 bilion

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 May 2017 6:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: