Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Keselamatan Sabah menjadi keutamaan negara

9 NOV: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn menegaskan kementeriannya sentiasa mempertingkatkan kawalan keselamatan negara terutamanya di Sabah melalui kerjasama dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang telah ditubuhkan sejak tragedi pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013.

“Peranan utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pantai timur Sabah adalah untuk membantu ESSCOM memastikan ancaman pencerobohan dari luar perairan Sabah dapat dibendung,” katanya ketika menggulung Bajet 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, Khamis.

Katanya, selain dengan kemudahan tentera yang sedia ada di Sabah, beberapa penambahbaikan untuk pemerkasaan ATM di negeri berkenaan telah diambil kira dalam Bajet 2018 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 27 Oktober lalu.

“Untuk tentera darat, kita telah bangunkan bridged ESSCOM, pembinaan kem di Desa Kencana FELDA Sahabat. Penambahan kenderaan perisai 4×4 sebanyak 14 buah, kenderaan perisai gempita 22 buah, penambahan battalion infantry di Sabah, 4 buah helicopter pengangkut, dan kita baru nak beli 6 buah helikopter gempur jenis Mcdonal Douglas dan lain-lain lagi, semuanya telah diambil kira di dalam bajet 2018.

“Kerajaan juga bersetuju membina kem tentera baharu di Bintulu dan Labuan,” katanya.

Sementara itu,Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) akan menempatkan lima buah kapal beroperasi di perairan Sabah pada setiap masa disamping menempatkan bot jenis cp90 di Sandakan bagi tujuan rondaan telah pun diatur gerak untuk memastikan perairan di Sabah sentiasa dikawal dan dipantau.

“Penambahan anggota Paskal beserta sebuah helikopter di Semporna di bawah TLDM, mewujudkan tiga pangkalan laut iaitu pelantar laut Tun Sharifah Rodiah, kapal Tun Azizan dan juga kapal Bunga Mas serta menaik taraf Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar dan mempunyai sebuah kapal selam merupaka kekuatan TLDM di Sabah

“Manakala untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) kita telah meningkat kerjasama dengan negara jiran untuk meningkatkan kawalan keselamatan di rantau ini,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Bajet 2018 telah memperuntukkan sebanyak RM15.38 bilion kepada Kementerian Pertahanan.

RM12.5 bilion daripadanya adalah diperuntukkan untuk bajet pengurusan kementerian tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 November 2017 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: