Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kesemua ADUN BN mengadap Raja Perlis

16 MEI: Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, hari ini.

Kesemua mereka termasuk ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar, tiba di istana tersebut jam 3 petang.

Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Difahamkan, pertemuan tersebut diadakan bagi membolehkan Tuanku Syed Sirajuddin mengenali dengan lebih dekat setiap wakil rakyat tersebut yang kebanyakannya adalah muka baharu.

ADUN Santan, Azizan Sulaiman ketika ditemui berkata, tidak ada perbincangan mengenai siapa Menteri Besar sebaliknya hanya sesi berkenalan secara peribadi dan lebih dekat dengan Tuanku Raja Perlis.

“Setiap daripada kami bertemu dan berbual dengan Tuanku Raja Perlis kira-kira 30 minit,” katanya yang juga disebut-sebut sebagai antara calon Menteri Besar.

Baru-baru ini, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, supaya diberi peluang untuk mengenali calon Menteri Besar sebelum boleh melantik individu untuk menjawat kerusi nombor satu itu selain memaklumkan bahawa baginda tidak mengenali kebanyakan wakil rakyat yang dipilih di negeri ini.

Sebelum itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cadangan nama Ismail yang juga adiknya sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN pada PRU k 14 baru-baru ini an membolehkan membentuk kerajaan negeri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 7:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: