Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kesihatan Mahathir terus dipersoal bila tak hadir kempen

17 APRIL: Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan sebagai calon gabungan pembangkang PKR bagi Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hadir di program ceramah pembangkang atas sebab kesihatan di Pusat Komuniti DAP Teluk Intan malam tadi.

Ini mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kecergasan pemimpin pembangkang berusia 93 tahun itu.

Sebelum ini kesihatan Mahathir kerap menjadi persoalan memandangkan beliau kerap mendapatkan rawatan IJN.

Malah bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, mendakwa Mahathir dimasukkan ke wad IJN sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan lalu.

Justeru, katanya, tahap kesihatan Dr Mahathir sangat membimbangkan sejak tahun 2015 dengan kekerapan menerima rawatan sebanyak 12 kali; 2016 (25 kali); 2017 (enam kali) dan 2018 (empat kali).

Dalam ceramah tersebut, pihak penganjur hanya mengumumkan perkara itu pada sesi akhir ceramah bahawa Mahathir tidak hadir kerana tidak sihat.

Ini menyebabkan penyokong yang hadir dipertontonkan rakaman video Mahathir mengumumkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai calon gabungan pembangkang PKR di Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kor Ming dijangka berdepan Datuk Seri Mah Siew Keong yang menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada tahun 2014.

Antara pemimpin pembangkang yang memberi ceramah dalam program itu termasuklah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 9:48 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: