Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ketabahan anggota polis dapat perhatian KP1M

10 NOV: Kecekalan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Pulau Pinang yang komited menjalankan tugas sekalipun kediaman mereka terjejas akibat bencana banjir, mendapat perhatian Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) hari ini.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bantuan diberikan diharap  mampu meringankan beban golongan ini.

“Mereka ini juga mempunyai keluarga macam orang lain.

“Bayangkanlah anggota-anggota polis tetap komited melaksanakan tugas menyelamat untuk rakyat ketika bencana hari itu walaupun risau dan bimbang terhadap situasi keselamatan kaum keluarga mereka sendiri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Baling.

Azeez berkata demikian hari ini  selepas menyumbang sebanyak 100 buah tilam, 200 biji bantal dan 100 helai selimut kepada anggota polis di Balai Polis Bandar Baharu, Ayer Hitam.

Sementara itu, misi pasca banjir KP1M di Pulau Pinang, kini memasuki hari keempat.

Banjir yang berlaku pada 4 dan 5 Nov lalu adalah yang terburuk dalam sejarah negeri itu sehingga mengorbankan tujuh nyawa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 11:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: