Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Ketua Dewan Ulama PAS dilantik Ketua Kluster Dakwah MPI

28 SEPT : Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu di dalam ucapannya ketika merasmikan majlis penutup Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

zahidmpi1“Kluster dakwah kehilangan seorang tokoh dan oleh kerana MPI tidak digazetkan malah MPI iniastif ummah bersama maka kehilangan Haron Din harus diganti. Ia perlu digantikan oleh seorang tokoh yang boleh bawa bersama kluster dakwah menyatukan ummah.

“Mengetepikan latar belakang politik yang berbeza denmi ummah dengan ini saya mohon terima perlantikan ini Datuk Dr Mahfodz Mohamed untuk memggantikan Dr Haron. Saya yakin dia akan terima demi ummah keseluruhannya,” kata Dr Ahmad Zahid.

tpmmahfodz

Dr Amad Zahid mengucapkan tahniah kepada Mahfodz yang dilantik Ketua Kluster Dakwah MPI.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Dr Ahmad Zahid berkata perlantikan Dr Mahfodz tidak berlandaskan kepentingan politik sebaliknya di atas kredibiliti beliau.

“Perlantikan MPI terhadap Dr Mahfodz tidak berdasarkan parti politik dan organisasi, tetapi berdasarkan kepercayaan yang beliau boleh menerajui MPI dengan melontarkan pandangan kepada pihak kerajaan termasuk swasta dan koprat,” katanya.

Menyentuh mengenai MPI, Dr Ahmad Zahid turut menyifatkan Multaqa Ekonomi yang pertama kali diadakan ini perlu kepada tindakan susulan.\

“Ianya bukan hanya akan menguntunggkan ummah tetapi negara dengan tidak mengenepikan kepada agama lain.

“Ini modality Islam yang boleh menjadi contoh untuk kita lihat perkembangannya seperti yang pernah dilakukan Rasulullah ketika kerajaan Islamiah pertama di Madinah,” katanya.

zahidmpi

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 September 2016 7:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: