Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ketua Eksekutif ditahan seleweng dana RM40 juta

13 SEPT: Ketua Eksekutif bergelar Datuk adalah antara empat individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai RM40 juta yang  sepatutnya disalurkan kepada perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Suspek yang berusia 58 tahun itu ditahan bersama setiausaha perbadanan, penolong pegawai kewangan dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar doktor.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di ibu negara antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi khas yang dilancar SPRM.

Memetik laporan BH Online, siasatan awal suruhanjaya itu mendapati suspek disyaki menyeleweng sebanyak RM15 juta pada tahun lalu, manakala baki RM25 juta adalah pada tahun ini.

Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 kepada perbadanan itu bagi mengendalikan program-program latihan dan sejumlah RM35 juta peruntukkan pada tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dilaporkan mengesahkan penahanan itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 September 2017 10:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]