Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ketua pemuda parti politik positif syabu

17 APRIL: Seorang ketua pemuda sebuah parti politik ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor selepas disahkan positif syabu.

Dalam satu operasi Sabtu lalu, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 2.15 petang di rumahnya di Batang Kali.

Lapor Sinar Online, selepas ditahan, suspek dikatakan dibawa ke Pejabat AADK di Kuala Kubu Bharu untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis metamfetamin (syabu).

Pegawai AADK daerah, Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata penahanan dibuat selepas menerima aduan.

“Suspek di reman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu selama 14 hari bermula tarikh ditahan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 11:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: