Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ketua Pemuda UMNO cawangan maut ditikam adik

6 NOV: Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kuala Sawah, Negeri Sembilan maut dipercayai akibat ditikam adik sendiri dalam kejadian di rumah ibu mereka di Taman Bukit Sejati hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adiknya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dia ditikam oleh suspek di bahagian belakang badan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya akan memaklumkan pihak media mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2017 8:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: