Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ketua Skuad King Cobra Bomba Pahang meninggal dunia

16 MAC: Anggota bomba, Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahiran menjinak dan menangkap ular,  meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh tengah malam tadi.

Abu Zarin,33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia pada jam 12.54 tengah malam tadi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAH apabila dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong Selasa lalu.

Abu Zarin sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Sebelum ini, beliau pernah beberapa kali dipatuk  ular senduk dan digigit ular sawa,  malah pernah koma dua hari akibat dipatuk ular tedung pada 2015.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin, berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 8:04 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: