Kategori Berita Utama

Keujudan dua penumpang misteri pesawat MH370 sedang disiasat

9 MAC :  Misteri  kehilangan pesawat MH370 berterusan dan dua penumpang rakyat asing yang dipercayai menggunakan identiti orang lain menambahkan pelbagai spekulasi sejak pesawat itu hilang dari radar jam 2.40 pagi kelmarin.

Sehingga kini, sesudah melebihi 32 jam kehilangan, belum ada sebarang tanda positif yang boleh digunapakai pasukan mencari dan menyelamat bagi membuka ruang menemukan pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman

Menegaskan, laporan media mengenai penumpang misteri yang dipercayai menggunakan pasport palsu menaiki MH370 sedang disiasat.

menaramasDifahamkan, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan penebangan berkenaan.

Beliau yang dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi pesawat hilang itu berkata: “Mengenai dua penumpang misteri, kita masih lakukan siasatan lanjut. Jangan buat sebarang spekulasi ketika ini. Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sebarang perkembangan terkini akan dilaporkan dalam sidang media seterusnya pada jam 11 pagi ini,” katanya pada sidang media, pagi Ahad. .

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar ItaliCorriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

Manakala CNN pula melaporkan bahawa pegawai Austria mengesahkan bahawa seorang warga Austria yang tersenarai sebagai penumpang, Christian Kozel, tidak menaiki pesawat MH370 dan pasportnya telah dicuri dua tahun lalu.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Sementara itu, Azharuddin berkata, siasatan mengenai kehilangan pesawat MH370 dilakukan daripada segenap aspek.

Katanya, siasatan juga sedang dijalankan selepas laporan penemuan dua kesan tompokan minyak di luar pantai Vietnam.

Dalam pada itu, Syarikat semikonduktor Texas mengasahkan 20 kakitangannya adalah antara penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe berkata, 12 kakitangannya berasal dari Malaysia dan lapan lagi dari China.

Dalam perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat yang disambung semula awal pagi ini, dua kapal perang Tentera Laut China, “Jinggangshan” dan “Mianyang” sedang dalam perjalanan ke kawasan laut yang menjadi lokasi di mana pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Sumber tentera  negara itu berkata, kapal “Jinggangshan” yang dilengkapi peralatan menyelamatkan nyawa, kemudahan pengesanan bawah dasar laut dan bekalan air serta makanan belayar dari bandar raya Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong pada jam 3 pagi waktu tempatan hari ini bagi menyertai misi mencari dan menyelamat.

Di Putrajaya pula, usaha pihak media untuk menemuramah waris penumpang pesawat MH370 yang ditempatkan di pusat trauma di Hotel Everly, gagal apabila mereka dikawal ketat..

Seawal jaml 8.30 pagi ahli keluarga diberi taklimat di bilik gerakan yang disediakan.

Menurut sumber, lebih 30 orang daripada pasukan tambahan turut disediakan di Hotel Everly bagi memudahkan komunikasi keluarga mangsa termasuk dari China.

Ahli keluarga juga akan dibawa ke Jabatan Imigresen untuk membuat pasport di kaunter khas sebagai persediaan di bawa ke lokasi yang akan ditentukan selepas maklumat kehilangan pesawat itu disahkan . –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 March 2014 11:09 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: