Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khairuddin ikrar setia kepada PAS, walaupun tiada jawatan

1 JAN: Walaupun digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) PAS Selangor, Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berikrar akan terus bersama parti Islam itu.

“Saya sekarang tidak memegang apa-apa jawatan (dalam parti) dan kini sebagai ahli biasa.

“Saya tetap membawa mandat PRU13 (pilihan raya umum ke-13), iaitu mendokong kerajaan Selangor,” katanya dipetik media hari ini.

Sabtu lalu, Khairuddin dilaporkan digugurkan 2 bulan lalu, selepas hanya kira-kira 3 atau 4 bulan beliau dilantik sebagai AJK PAS Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan menyusun barisan kepimpinan negeri itu pada 9 Mei lalu dengan melantik Khairuddin sebagai AJK dan jawatan setiausaha disandangnya diberikan kepada Abdul Halim Omar.

Sallehen berkata, Khairuddin digugurkan kerana gagalmenghadiri mesyuarat AJK negeri.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pengguguran Khairuddin yang juga bekas setiausaha PAS Selangor adalah pengurusan organisasi biasa.

Bagaimanapun, Hadi enggan mengesahkan sama ada Khairuddin akan dicalonkan PRU14.

Mengulas lanjut, Khairuddin menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan PAS di peringkat pusat untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu, termasuk sama ada beliau akan dicalonkan pada PRU14.

“Kedudukan saya, saya serahkan kepada PAS pusat, seperti kenyataan tuan guru presiden,” katanya merujuk kepada Hadi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 8:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: