Kategori Berita Utama

Khairuddin tolak sangkaan Hadi tak puas hati dengan Iskandar

9 MEI: PAS menolak dakwaan banyak pihak yang menyatakan pengguguran Datuk Iskandar Abdul Samad daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor adalah berikutan ketidakpuasan hati Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadapnya.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali, pertukaran jawatan dalam PAS itu adalah perkara biasa, malah ia dianggap normal dalam mana-mana organisasi.

Katanya lagi, rombakan jawatan itu adalah bertujuan bagi mengukuhkan organisasi tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 termasuk PAS sendiri.

“Iskandar contohnya sebagai naib beliau mempunyai tanggungjawab besar bukan hanya menjaga Selangor tetapi menjaga Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sebagai penasihat zon.

“Begitu juga naib-naib presiden yang lain dimana naib-naib presiden memegang beberapa portfolio penting di peringkat pusat sebagai persiapan untuk PAS menerajui kerajaan persekutuan pada PRU ke 14,” katanya kepada BNBCC.my portal pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengguguran Iskandar selaku Pesuruhjaya PAS Selangor disebabkan rasa tidak puas hati Presidennya iaitu Abdul Hadi terhadap kewibawaan Iskandar mengendalikan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Pengerusi PAN Selangor, Dr. Izham Hisham berkata, langkah drastik PAS itu memberi isyarat jelas tentang pendirian Hadi mengenai hubungan parti tersebut di negeri berkenaan.

Namun Khairuddin menjelaskan dalam hal ini PAS pesuruhjaya negeri yang dilantik tidak semestinya akan menjadi Menteri Besar sekiranya PAS menang.

“Dalam konteks pesuruhjaya negeri tidak semestinya menjadi bakal Menteri Besar negeri apabila PAS menang. Boleh sahaja pesuruhjaya negeri menjaga parti dan Menteri Besar daripada kalangan wakil rakyat lain supaya konsep parti menguasai kerajaan boleh berlaku,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 8:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: