Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khairy: Mahathir, datanglah bertanding Rembau!

8 FEB : Selepas dicabar bertanding di Langkawi, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Parlimen Rembau.

“Dr Mahathir, datanglah bertanding di Rembau,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri sesi penggulungan persidangan Parlimen Belia Malaysia di Parlimen, Khamis.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini mencadangkan Khairy bertanding dan menewaskannya di Langkawi.

Sebelum ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dilaporkan berkata meskipun Dr Mahathir dianggap banyak berjasa kepada pembangunan Langkawi, kemajuan itu tidak mungkin berlaku tanpa sokongan UMNO-BN.

“Bayangkan kalau BN tidak ada kuasa, tidak ada peruntukan, Langkawi tidak akan membangun,” katanya, dan menambah rakyat Langkawi masih merasai nostalgia pentadbiran Dr Mahathir, “ujar Menteri Belia dan Sukan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2018 7:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: