Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khaled di luar negara pada tarikh dikaitkan rasuah

4 DIS: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan, pentadbirannya tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima suapan dan menentang segala usaha untuk memberi apa jua suapan.

Sambil menafikan tuduhan rasuah hartanah yang dikaitkan ke atasnya, beliau percaya ia dibuat dengan niat jahat untuk memalukan dan mencalarkan kepimpinan kerajaan negeri serta nama baik beliau secara peribadi.

“Ia adalah fitnah, tidak benar dan tidak bersangkutan dengan saya. Semasa Senai (Adun DAP, Wong Shu Qi) menimbulkan isu tersebut saya sama sekali tidak tahu akan kewujudan dokumen berkenaan.

“Saya juga tidak mempunyai cara untuk mengesahkan kebenaran dan ketulenannya. Hanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja layak mengesahkannya.

“Memadai untuk saya nyatakan di sini bahawa pada tarikh-tarikh yang dirujuk dalam petikan dokumen itu, saya berada di luar negara dan tempat-tempat lain dalam pelbagai urusan dan langsung tidak berada di Pejabat UMNO Negeri apatah lagi menerima suapan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-13 di Johor Bahru, hari ini.

Sehubungan itu, Khaled menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shu Qi di atas tindakannya membocorkan dokumen rahsia rasmi kerajaan di dalam Dewan Negeri.

“SPRM mengesahkan bahawa dokumen itu adalah rahsia yang dibocorkan, bermakna dengan memetik kandungan dokumen tersebut Senai telah membocorkan rahsia rasmi kerajaan dalam Dewan,” katanya.

Malah menurut Khalrd, dokumen itu telah ditokok tambah dari dokumen asal bermakna kandungan yang tersebar adalah tidak benar dan terpesong dari kandungan asal.

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap (Adun) Senai, beliau harus bertanggungjawab di atas tindakan keji dan tidak bermoralnya,” jelasnya lagi.

Khaled berkata, beliau juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja membuat fitnah, spekulasi atau apa-apa tindakan tidak wajar,” katanya.

27 November lalu, Shu Qi dalam ucapan perbahasannya pada siding DUN mempersoalkan kesahihan beberapa dokumen dan maklumat dimuat naik ke laman web yang mengaitkan Khaled menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot Bumiputera kepada lot bukan Bumiputera.

SPRM pada 29 November lalu dilaporkan membuat laporan polis, berhubung kebocoran dokumen, selain menjelaskan jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial, sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2017 1:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: