Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid akan pertahan jawatan MB

6 MAC: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan terus mempertahankan jawatannya selagi diterima oleh rakyat.

Abdul Khalid mengakui terdapat desakan kumpulan tertentu supaya berundur namun beliau tidak akan sesekali tunduk.

khalid_tv3“Bertahun-tahun dalam karier, saya sudah biasa dengan rasa tidak senang orang lain.

“”Rasa tidak senang itu bukan hari ini sahaja sebaliknya sejak mengambil alih Selangor, ramai orang tidak senang tetapi saya senang juga,” katanya.

Beliau menyatakan pendirian berhubung jawatan MB itu ketika ditemubual dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air yang disiarkan TV3 malam tadi.

Spekulasi mengenai jawatan MB yang disandang Abdul Khalid bakal bertukar milik tambah kencang ekoran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2014 2:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: