Kategori Berita Utama

Khalid dakwa Azmin tak tahu undang-undang

8 FEB: Desakkan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali supaya pihak berkuasa menarik semula pemecatan kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) disifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tindakan orang yang tidak tahu undang-undang.

“Tidak boleh tarik balik. (Bila Azmin minta tarik balik) Maknanya dia tak reti tentang undang-undang. Sudahlah tidak payah kita cerita lagi.

“Nasib juga lah kita baik, bahawa dia tidak terus (desak) dalam usaha ini. Kalau tidak, kepentingan rakyat Selangor, kepentingan PKNS diabaikan kerana kehendak beberapa orang saja. Tidak boleh,” ujar beliau ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina PKR Bandar Tun Razak, Sabtu.

khalidazminMenteri Besar Selangor itu menegaskan beliau tidak akan meminta maaf berhubung pemecatan tersebut dan menganggap ianya tidak perlu kerana penamatan kontrak tersebut mengikut terma kontrak dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Bagaimanapun, jelas beliau sekiranya ada kakitangan yang dipecat itu merasakan teraniaya, mereka boleh membawa kes ini ke ke Mahkamah Industri untuk mendapat pembelaan.

“Tidak ada kena mengena, ini seperti biasa, hentikan pekerja. Tidak ada tangis menangis. Dia (kakitangan) dihentikan dengan tatacara yang betul. Jika ada pekerja dalam sistem kontrak ini merasakan mereka tidak ada keadilan, mereka boleh ke Industrial Court ataupun ke mahkamah,” katanya.

Mengenai dakwaan Azmin sebelum ini kononnya beliau telah menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi untuk menumpaskan seteru politiknya, Khalid menjelaskan beliau hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya.

“Saya ingat kita perlu memahami tanggungjawab menteri besar dan juga rakyat negeri Selangor. Saya telah diminta oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk menjalankan tugas saya dengan penuh amanah dan bertanggungawab.

“Kali ini Tuanku Sultan meminta saya mengangkat sumpah setia kepada Sultan di bawah tonggak Diraja dan dalam itu dia meminta saya menegakkan bahawa tanggungjawab MB ialah kepada rakyat Selangor dan negeri Selangor,” ujarnya.

Khalid berkata, jika ada yang tidak betul, neliau akan perbetulkan.

Katanya, memerintah negeri Selangor bukan berasaskan kawan tetapi berasaskan tanggungjawab.

“Saya tidak membezakan semua rakyat Selangor termasuk Azmin Ali yang duduk begitu lama di negeri Selangor ialah kawan saya,” katanya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2014 11:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: