Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid dedah MoU air dalam seminggu

5 MAC: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu berkata, isi kandungan Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula air di Selangor bakal didedahkan dalam masa seminggu. 

Menurut  beliau, isi kandungan MoU yang akan didedahkan membabitkan butiran perjanjian dan juga persefahaman yang telah dicapai seperti yang dikhendaki.

Perkara itu katanya, diputuskan setelah perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

najibkhalid

Abdul Khalid berjumpa Najib pada Selasa membincangkan isu air di Selangor

“Semalam kerajaan negeri sudah membuat perbincangan bagi membenarkan orang ramai di  Selangor mendapat salinan MoU itu.

“Ia melalui prosedur dan saya sudah memberitahu pegawai mereka dan saya rasa tak lama lagi kita akan dapat jawapan untuk membenarkannya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabat SUK Negeri pada Rabu.

Khalid mewakili kerajaan negeri sudah menandatangani  MoU Rabu lalu bersama kerajaan pusat bagi memperbaiki perkhidmatan penstrukturan industri air di Selangor. 

Beliau turut menambah, selian daripada mendedahkan butiran MoU tersebut, rangka perincian perancangan penstrukturan air Selangor juga akan didedah kepada rakyat. 

“Kita akan dedahkan MoU dahulu kemudian rangka perincian perjanjian itu,” katanya lagi.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR Selangor menyatakan kurang senang mereka terhadap Khalid ekoran menandatangi MoU tanpa persetujuan bersama.

Ekoran daripada itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan juga Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli meminta Khalid untuk mendedahkan isi kandungan persefahaman tersebut. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 March 2014 4:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: