Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Lebih baik Khalid mohon bubar DUN

17 FEB: Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin mencadangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sebelum kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor diancam ahli partinya sendiri.

khalid-ibrahim-sultan-selangorNasihat Zulkifli, Abdul Khalid harus membubarkan DUN Selangor sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang 11 Mac ini, sebelum disuruh menandatangani surat peletakan jawatan selepas calon PKR untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN itu.

“Tan Sri sepatutnya sudah nampak mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor.

“Tan Sri penghalang kepada nafsu serakah mereka…Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka di dalan PKR,” katanya dalam artikel di laman blognya http://zul4kulim.blogspot.com/2014/02/sayonara-tan-sri-khalid.html.

Zulkifli menambah, jika DUN Selangor dibubarkan, ini menunjukkan bahawa Abdul Khalid menghayati makna sebenar demokrasi dengan memberikan mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan menteri besar mereka.

Spekulasi timbul bahawa Abdul Khalid berkecil hati dengan pemimpin PKR seperti Pengarah Strategik parti itu Rafizi Ramli yang merencanakan “Serampang Kajang” kerana seolah berpendapat beliau tidak cukup kuat untuk memimpin cabaran serangan UMNO di Selangor.

Ada juga laporan  Abdul Khalid enggan menandatangani surat perletakan  jawatan yang sudah disediakan untuk  beliau.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 February 2014 4:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: