Kategori Berita Utama

Khalid Ibrahim muncul dalam program tertutup UMNO

2 DIS: Kemunculan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam program tertutup Konvensyen UMNO Selangor hari ini menimbulkan spekulasi sama ada bekas menteri besar itu bakal menyertai UMNO.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi turut memuat naik sekeping gambarnya bersama ADUN Pelabuhan Klang itu di laman Twitternya.

“Tan Sri Khalid Ibrahim turut dalam majlis Konvensyen Umno Selangor di PWTC”, tulis Naib Presiden UMNO itu.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu dipecat dari PKR pada 2014 kerana melanggar peraturan parti.

Bagaimanapun, pembantunya dilaporkan menafikan perkara itu dalam makluman kepada The Malaysian Insight.

“Beliau hanya dijemput untuk beri pandangan tentang acara itu.

“Beliau berada di sini bukan untuk menyertai UMNO,” kata Mustapha Mohd Talib di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Terdahulu Khalid turut dilihat beriringan bersama Zahid untuk menuju ke pintu masuk dewan.

Program yang bermula jam 2.45 petang tadi dipercayai bakal membincangkan strategi untuk merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Harapan.

Antara pemimpin-pemimpin kanan lain turut hadir adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Jamal Yunos serta seorang lagi bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 5:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: