Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid jawab pihak mahu tukar jawatan MB

26 MAC : Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, pihak yang bercakap mengenai pertukaran jawatan Menteri Besar perlu terlebih dahulu mengambil kira peranan pakatan rakyat dan peranan Sultan dalam hal tersebut.

Menurut  Khalid, mereka terbabit perlu memahami tata tertib serta arif dalam soal pelantikan menteri Besar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Katanya, pelantikan Menteri Besar akan dibuat melalui perkenan Sultan negeri manakala PKR juga perlu mengambil kira persetujuan pakatan rakyat jika mahu menyingkir beliau.

khalid-ibrahim-sultan-selangor

Pelantikan Menteri Besar perlu perkenan Sultan

“Saya dengar kenyataan yang dibuat oleh YB Azmin (Ali) dan YB Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR) tentang jawatan Menteri Besar.

“Pegawai-pegawai istana menanya kepada saya sama ada mereka-mereka ini arif dalam memahami adat dan tertib istana dan negeri.

“Oleh sebab itu saya rasa perbincangan-perbincangan mengenai Menteri Besar mesti mengambil kira tentang peranan Pakatan Rakyat  dan juga peranan Sultan dalam perkara ini,” katanya..

Beliau menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu termasuk kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu sama.

Isnin lalu, Anwar tidak menolak wujudnya perbincangan untuk menjadikan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Namun Khalid enggan mengulas lanjut perkara itu yang kata Anwar akan dibincang terlebih dahulu di peringkat pimpinan PKR Selangor.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR turut membuat kenyataan bahawa ‘Kajang Move’ yang  merupakan  langkah PKR Selangor untuk menggantikan Khalid masih berjalan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: