Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid kata PKNS lebih baik lepas gugur Azmin

12 FEB: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa syarikat milik kerajaan negeri itu berada dalam keadaan ‘lebih baik’ selepas pengguguran ahli lembaga pengarah, Mohamed Azmin Ali serta penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB).

“Prestasi PKNS lebih baik dan masyarakat kini mula melihat imej PKNS lebih berintegriti,” kata Khalid dalam sidang media  selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pada Rabu.

Kontroversi pengguguran Azmin, yang turut mengakibatkan bekas pengurus besarnya Datuk Omar Othman serta bekas setiausaha eksekutif, Norita Mohd Sidek diarah bertukar serta merta turut mencetuskan pertikaian antara Khalid dengan Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid.

image

Khalid dalam sidang media pada Rabu bersama Rodziah, Teng, Iskandar dan Elizabeth Wong

Abdullah Sani, Ahli Parllimen PKR Kuala Langat membidas tindakan Khalid yang kerap membuat keputusan membelakangkan parti.

“Orang ramai melihat PKNS sebuah entiti komersial yang cuba melakukan tindakan terbaik untuk memastikan sumbernya digunakan sepenuhnya.

“Sekarang rakyat sedar kita perlu menuruti integriti dan pentadbiran korporat, dengan menhadapi isu dan memperbetulkannya,” kata Khalid lagi.

Hampir sebulan selepas Azmin digugurkan, 22 kakitangan kontrak anak syarikat PKNS itu turut menerima nasib sama apabila kontrak mereka ditamatkan penghujung Januari lalu.

Khalid berkata langkah berkenaan dapat menjimatkan sejumlah RM7 juta dana anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

“Ia bermula dari kertas kerja dibuat Azlan (Alfiah, Pengurus Besar baru) dari PKNS dan saya diberikan laporan tersebut.

“Saya kemudiannya telah menyatakan persetujuan dan meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi memantau pelaksanaannya,” jelas Khalid ketika diminta mengulas perkara itu.

Beliau berkata, Khusrin langsung tidak terbabit dengan pemecatan 22 kakitangan kontrak berkenaan.

“Ia normal. Pengurus Besar akan melihat dan meneliti perkara itu, kemudia akan diserahkan kepada pengerusi, saya kata saya setuju laksanakan dan Khusrin hanya memantau pelaksanaan,” tambahnya.

Namun, menimbulkan persoalan benarkah dakwaan Khalid itu kerana baru sebulan Azmin dan kakitangan kontrak PHSB digugur atau beliau mahu menunjukkan sesuatu tidak betul berlaku dalam PKNS.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: