Kategori Berita Utama

Khalid letak biawak hidup di bahu Khusrin

21 JAN: Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menegaskan kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menarik balik surat penamatan perkhidmatan Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, terdapat banyak laporan media yang membuat spekulasi dan melaporkan berita tanpa merujuk fakta yang sahih berkenaan isu penamatan perkhidmatan Azmin

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.

khusrin“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah mengarahkan PKNS supaya menarik semula surat penamatan perkhidmatan Azmin yang bertarikh 8 Januari 2014 tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan, Selasa.

Dalam surat bertarikh 16 Januari lalu yang disangsikan kewujudannya, Othman didakwa telah menghantar surat mendakwa Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan supaya surat bertarikh 8 Januari 2014 yang menamatkan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ditarik semula dan dianggap terbatal.

Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya yang mengeluarkan surat pembatalan tersebut? Jika betul Othman yang mengeluarkan surat tersebut, siapakah yang mengarahkan beliau kerana Pengerus Besar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Dalam klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS, kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan bukannya di tangan Pengurus Besar.

Sudah jelas lagi bersuluh hanya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya sahaja yang mempunyai kuasa terhadap pelantikkan tersebut.

Tindakan menghalakan ‘senapang’ kepada Othman hanya menjadikan Pengurus Besar PKNS yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi sebagai ‘kambing hitam’.

Selain itu, dengan mengarahkan Khusrin menyiasat ini dan menukarkan Othman serta Setiausaha Kerja PKNS Norita Mohd Sidek ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Khalid ibarat meletak biawak hidup ke bahu Khusrin.

Tindakan Khalid mengarahkan pengurusan PKNS untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan pula hanya dilihat untuk menutup kesilapan beliau dalam MMKN Selangor pada 13 November 2013 yang memutuskan tempoh jawatan Azmin ditamatkan dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Menurut Khusrin, isu ini akan dbincangkan dalam MMKN yang akan diadakan pada hari Rabu ini.

Untuk rekod, ini adalah kali ketiga MMKN bermesyuarat untuk membincangkan isu yang sama hanya untuk menutup kelemahan pentadbiran Abdul Khalid seperti tiada isu rakyat yang yang boleh dibangkitkan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 1:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: