Kategori Berita Utama

Khalid mula hilang kepercayaan dengan Anwar?

13 FEB :Adakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Itu soalan berlegar dikalangan media yang membuat liputan sidang media selepas Menteri Besar itu mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, Khamis.

Khalid sudah ‘kurang bersemangat’ menjawab isu sama ada Ketua Pembangkang itu akan menggantikan beliau.

Walaupun sebelum ini, kedua-dua mereka memberikan banyangan masing-masing yang menggambarkan Anwar akan dilantik Menteri Besar sekiranya menang PRK DUN Kajang, tetapi semalam Khalid seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

Khalid sah Anwar perkuda Selangor

Khalid mungkin sedar beliau dipermainkan Anwar

Tambahan pula Ketua Pembangkang itu dalam satu laporan di luar negara mengakui sedang berbincang mengambil alih jawatan Menteri Besar manakala Khalid dilantik Penasihat Ekonomi yang kini disandang Anwar.

Ketika itu aju soalan itu, Khalid bekata, “Tulis sahaja bayangan. Saya tidak akan jawab sehingga suatu masa yang (perlu) dijelaskan. Jadi tunggulah,” .

Ditanya mengenai kenyataan-kenyataan Anwar yang menggambarkan beliau hebat ekonomi berbanding politik, Khalid, menegaskan itu adalah pandangan ahli politik.

“Saya ingat dah dibincangkan begitu lama. Ini pandangan ahli politik dan pandangan ini akan terus jadi pandangan,” ujarnya.

Ditanya kemungkinan beliau melepaskan jawatan sekarang, Khalid enggan menjawabnya kerana khuatir disalah tafsir.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan menyertai PAS memandangkan ada sumber mendakwa parti itu ada berbincang mengenai cadangan itu dengan beliau.

“Saya tidak mahu jawab perkara ini. Persoalan menteri besar tidak perlu dijadikan isu untuk dibahaskan.

“Buat masa ini beri peluang pengundi di Kajang tentukan pilihan mereka,” katanya.

Bnbbc,my difahamkan, Khalid kebelakangan ini dikatakan semakin tidak selesa dengan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan beliau seolah-olah pak turut dan akan melepaskan jawatan kepada Anwar.

Sedangkan Khalid masih mendapat sokongan daipada Adun-Adun PAS dan DAP serta beberapa Adun PKR sendiri.

Justeru itu, timbul tanda tanya adakah jawapan Khalid ini merapu atau beliau sudah hilang kepercayaan kepada Anwar yang sedang berdepan kemungkinan perbicaraan Kes Liwat II hujung bulan ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 9:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: