Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid nafi SB ditambah mendadak

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan jumlah anggota Cawangan Khas (SB) ditambah secara mendadak.

Katanya, dakwaan berkenaan tidak tepat dan meminta pihak yang membuat tuduhan berkenaan supaya tidak campur tangan dalam urusan terbabit.

khalidigp“Jumlah SB kita cukup untuk menjaga keselamatan negara dan ia tidak perlu ditambah. Janganlah nak menyibuk dalam soal ini. Buatlah kerja sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, di Melaka.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim yang mempersoalkan peningkatan jumlah SB secara mendadak, seolah-olah menggambarkan keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding ketika peringkat pertama darurat.

Sebaliknya kata beliau anggota cawangan berkenaan hanya kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan 115,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bilangan itu seiring dengan keperluan semasa dalam menjaga keselamatan negara.

“Penetapan (10 peratus) itu kita buat ada sebabnya dan paling utama jamin keselamatan negara. PDRM lebih tahu tentang ancaman kepada keselamatan negara, jadi biar kami yang tentukan,” katanya.-7/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2013 3:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: