Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Khalid Samad tekad pertahan Shah Alam

15 APRIL: Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad menolak spekulasi bahawa beliau akan berpindah ke kawasan lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya masih kekal di Shah Alam.

“Namun, sebagai ahli politik, kita perlu bersedia jika parti meminta kita bertanding di tempat lain,” kata penyandang kerusi parlimen Shah Alam sejak dua penggal.

Sebelum ini, terdapat laporan menyebut Khalid akan meninggalkan Shah Alam untuk bertanding di Johor.

Jika kekal bertanding di kawasan berkenaan, beliau akan berdepan saingan tiga penjuru dengan calon PAS dan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dan pendakwah terkenal, Ustaz Dusuki Abdul Rani dijangka bertembung dengan Khalid.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 4:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: