Kategori Berita Utama

Khidmat wakil rakyat lebih berkesan dengan persempadanan kawasan

28 MAC: Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perubahan yang disyorkan dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan membolehkan wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, perubahan tersebut memberi kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan RUU Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya di Dewan Rakyat, Rabu.

“(Ia) sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya ketika membentangkan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat hari ini.

Perubahan yang disyorkan dalam kajian semula itu disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya merangkumi Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan keluasan kira-kira 132,000 kilometer persegi.

Najib menarik perhatian bahawa SPR mengesyorkan tiada perubahan ke atas bilangan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedia ada namun mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 DUN.

Pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut Perdana Menteri, bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1).

“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2018 2:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: