Kategori Berita Utama

Kisah juruterbang MH370 dan Anwar berbohong panaskan Parlimen

17 MAC: Insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 7 Mac lalu dan terbaru mengenai laporan media asing mengaitkan Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan PKR  terus jadian tumpuan perbahasan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)  di Dewan Rakyat, Isnin.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang membahaskan usul menjunjung kasih titay Yang Di Pertuan Agong menegur Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Vietnam menarik diri daripada operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Malah katanya, pembangkang turut menuduh insiden itu konspirasi kerajaan.

“Permatang Pauh putar belit kenyataan. Nyata beliau berbohong kerana Vietnam tidak menarik diri. UMNO dan BN menolak pluralisme liberalisme kerana bertentangan dengan agama tetapi beliau tuduh UMNO terlibat isu bomoh,” katanya.

Menurut beliau, isu MH370 bukan bahan jenaka tetapi krisis nasional.

“Sebab itu saya tak hairan ada rakyat sokong putar belit kerana pemimpinnya juga putar belit,” tegasnya.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said kemudiannya bangun mencelah dan bertanya mengenai berita tentang juruterbang MH370.

“Kalau kita tengok surat khabar semalam hari ini termasuk surat khabar antarabangsa termasuk dari UK kononnya yang bawa kapal terbang itu, pilotnya ada bau bau parti pembangkang,” soal Azalina.

“Lihat bagaimana profesionalnya kerajaan…kitapun tahu, tapi kita tak mahu menjadikan itu alasannya kerana kita kita rasional, kita profesional, Perdana Menteri tidak mengambilkira itu semua, yang penting sebagaimana disebut Perdana Menteri kita yang penting soal rakyat kita, dan rakyat negara luar yang terlibat,” jawap Shamsul.

Shamsul seterusnya menekankan mengenai kepentingan untuk bersatu-padu.

Shamsul 17 MacDengan mengambil contoh video ucapan Tahun Baru Cina yang dimuatnaik oleh Teresa Kok, Shamsul secara umum menasihatkan beliau dan semua pihak agar tidak lagi berbuat demikian, iaitu dengan mempermainkan isu sensitif, sindiran keterlaluan, perkauman atau agama.

Ia mengakibatkan Dewan menjadi kecoh dengan jerit pekik pembangkang yang tidak berpuashati sehinggakan ucapan Shamsul beberapa kali terganggu.

Walaupun Speaker telah menerima penjelasan yang diberikan oleh Shamsul ahli-ahli Parlimen pembangkang tetap menjerit-jerit dan enggan mematuhi peraturan mesyuarat mahupun arahan Speaker.

Selanjutnya saksikan video sedutan rakaman ketika Shamsul membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat yang hangat dengan isu MH370 dan video Teresa.pada Isnin.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 4:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: