Kategori Berita Utama

Kit Siang akui peluang PH menang tipis

15 APRIL: Ketika pimpinan kanan Pakatan Harapan (PH) teruja untuk menerajui kerajaan Persekutuan, penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui gabungan pembangkang itu sukar memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, banyak analisa politik hanya meramal pembangkang mempunyai 10 peratus peluang dan masa sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memerlukan 16.5 peratus undi popular untuk mengekalkan kerajaan BN.

“Pembangkang amat sukar untuk menang PRU14 tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Kita hanya mampu menang jika berlaku enam tsunami membabitkan pengundi kawasan bandar, luar bandar, Sabah, Sarawak, wanita dan generasi muda, ” katanya di Batu Pahat hari ini.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat yang ditunjangi DAP, PKR dan PAS menawan 89 kerusi parlimen berbanding BN yang menangi 133 daripada 222 kerusi.

Ketika itu, BN hanya memperolehi 47.38 peratus, manakala pembangkang dengan 50.87 peratus undi popular.

Walaupun mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan kelantan, Pakatan Rakyat kehilangan Kedah dan Perak yang ditawan pada PRU12.

Sementara itu, Kit Siang mengakui  Prof Dr Abdul Aziz Bari akan menjadi calon DAP bagi kerusi DUN Perak.

Semalam, penyandang DUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dilaporkan mengumumkan pencalonan Aziz tanpa kebenaran parti dalam satu program di Ipoh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 3:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: