Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kit Siang gesa ADUN PKR sumbat kangkung ke mulut replika PM mohon maaf

21 JAN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang diketaui kerap membangkang apa juga  yang ada hubungkait dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi pada petang Selasa, beliau mengeluarkan satu kenyataan yang rasional dan realistik selaku pemimpin veteran atau senior bagi membimbing pemimpin muda.

Beliau mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon mempertimbangkan untuk memohon maaf berikutan ‘flash mob kangkung’ dilakukannya dianggap ramai pihak sebagai penghinaan keterlaluan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petikan gesaan agar ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon memohon maaf di Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Selasa.

Petikan gesaan agar ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon memohon maaf di Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Selasa.

Dalam kenyataan di laman blog miliknya ”Lim Kit  Siang for Malaysia’ yang petikannya turut dimuat naik ke laman sosial Twitternya pada Selasa, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Johor itu berkata, Khai Loon perlu mempertimbangkan permohonan maaf, “terutamanya kepada mereka yang tersinggug dan sensitif dengan perbuatan beliau itu termasuk saya sendiri,” katanya.

“Namun apa yang lebih penting adalah tidak membenarkan pihak tertentu mencari alasan bagi memanipulasi insiden itu untuk menghangatkan lagi kebencian kaum dan agama sehingga berulangnya peristiwa 13 Mei.

“DAP mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Lee Khai Loon memohon maaf kerana menyuapkan kangkung ke replika mulut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kumpulan ekstremis tidak menjadikan insiden itu sebagai modal mencetuskan tragedi berdarah seperti apa yang berlaku semasa 13 Mei, 1969,” kata Kit Siang dalam kenyataannya.

“Lee (Khai Loon) perlu memilih untuk mengemukakan permohonan maaf yang diharapkan dapat memulakan kitaran yang lebih baik kepada pemimpin politik dan aktivis agar lebih sensitif kepada kepelbagaian kaum dan agama selain keadaan politik yang tegang sekarang,” kata Kit Siang lagi.

Minggu lalu, Khai Loon mengetuai sekumpulan 15 penyokongnya melakukan protes kenaikan harga barangan dengan cara menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Najib.

Walaupun Khai Loon mendakwa perbuatannya tidak berniat menghina Najib cara yang digunakan beliau dianggap biadap, kurang ajar, keterlaluan dan mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Ia kemudiannya mendorong Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan beliau pada Sabtu dan Ahad lalu yang dilihat amat keras kerana ada peserta perhimpunan yang membawa kain rentang tertera slogan berbaur ancaman.

Tindakan kurang ajar menghina pemimpin negara oleh Khai Loon dan 15 penyokongnya mengundang perhimpunan lebih 3,000 orang dua hari berturut--turut pada Sabtu dan Ahad bagi mengecam dan mengutuk mereka.

Tindakan kurang ajar menghina pemimpin negara oleh Khai Loon dan 15 penyokongnya mengundang perhimpunan lebih 3,000 orang dua hari berturut–turut pada Sabtu dan Ahad bagi mengecam dan mengutuk mereka.

Antara slogan yang kelihatan ialah “Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969… adakah anda mahu lagi?”, “Hina PM seperti hina Melayu”, dan “ABCD_ Asal bukan Cina DAP” dan “DAP musuh Islam”.

Kit Siang berkata slogan ancaman berkenaan boleh menimbulkan suasana tegang dan tidak mustahil memulakan rusuhan kaum atau konflik agama.

TINDAKAN CETUS KONTROVERSI...Khai Loon sebenarnya ADUN dari PKR bukannya DAP.

TINDAKAN CETUS KONTROVERSI…Khai Loon sebenarnya ADUN dari PKR bukannya DAP.

“Pertamanya, DAP tidak terlibat dengan pertunjukan suap kangkung anjuran ADUN Machang Bubuk daripada PKR (Lee Khai Loon) yang membuatkan Pemuda Umno dan sekutunya mengadakan bantahan,” Kit Siang menjelaskan.

Sementara itu, portal berita The Malaysia Insider melaporkan Khai Loon ketika dihubungi memohon agar semua pihak memberikan sedikit masa kepada beliau untuk memikirkan gesaan yang dibuat oleh Kit Siang itu.

Lagi pun, kata Khai Loon, beliau belum berkesempatan untuk membaca kenyataan Kit Siang sepenuhnya dan sehubungan itu enggan memberikan reaksi secara melulu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 January 2014 10:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: