Kategori Analisa Isu Semasa

Kit siang, Guan Eng takut RoS batal DAP

8 JULAI: Masa depan serta maruah DAP bakal ditentukan sekali lagi dalam mesyuarat tergempar parti itu hari ini selepas lima tahun bermain silap mata di hadapan rakyat serta akar umbi mereka.

Ini adalah susulan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada semalam mengarahkan parti serpihan PAP itu menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas pemilihan pada 29 Sept 2013 dianggap tidak sah.

Arahan oleh RoS itu dibuat selepas hampir tiga tahun agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu melakukan siasatan sekaligus mengundang pelbagai persoalan dikotak minda rakyat jelata tentang punca sebenar senario berkenaan.

Tidak perlu menyalahkan RoS, pemerhati politik melihat dinasti Lim Guan Eng dan anaknya, Lim Guan Eng dipercayai menjadi punca utama apabila cuba sedaya upaya mempertahankan empayar mereka melalui penyingkiran sesiapa sahaja yang cuba menghalangmereka sama ada secara sah dalam pemilihan atau dipaksa keluar parti secara sukarela.

Tidak mengejutkan susulan ramai bekas ahli parti mendakwa Kit Siang melakukan hal demikian sejak 1966 dan buat kali pertama, pemilihan CEC pada Disember 2012 menyaksikan ahli tersingkir tampil membuat aduan kepada RoS berkenaan unsur penyelewangan serta penipuan yang berlaku semasa pemilihan.

Selain itu, arahan terbaharu RoS jelas sekali mendedahkan ianya berlaku sekali lagi pada pemilihan pada 2013.

Bagaimanapun, apa sahaja keputusan DAP sama ada mencabar keputusan RoS di mahkamah atau akur terpaksa kepada arahan, parti didominasi kaum Cina itu sebenarnya tersepit dengan dengan ancaman pembatalan pendaftaran.

Terdahulu, RoS dilaporkan sebagai berkata DAP masih lagi halal serta tidak berniat membatalkan pendaftaran parti itu.

Namun perlu diingat bahawa jika tanpa budi bicara RoS, pembatalan parti boleh berlaku dalam tempoh 30 hari berlandaskan kepada Seksyen 15 Akta Pertubuhan 1966  sekiranya masih lagi terdapat aduan kalangan ahli parti selepas pemilihan berlangsung.

Selain itu, Seksyen 2A, 13, 14, 41(1)(d) dan 63 Akta 1966 juga boleh digunakan jika parti pimpinan Kit Siang itu melanggar terma ditetapkan RoS serta perlembagaan parti.

Melihat gelagat Guan Eng yang terdesak untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, jelas membuktikan bahawa Ahli Parlimen Bagan itu cuba mengelak pendaftaran DAP daripada dibatalkan supaya dinasti keluarganya dalam parti itu terus terpelihara.

Ini adalah kerana, Zahid selaku Menteri dalam Negeri juga mempunyai kuasa membatalkan pendaftaran sebuah organisasi di bawah Seksyen 6 dan 67 Akta Pertubuhan 1966.

Jika perkara sedemikian berlaku, maka tamatlah riwayat parti berusia 52 tahun bersama dengan keangkuhan Kit Siang serta pimpinan DAP lain  apabila dinobatkan menjadi parti pembangkang terbesar negara selepas pilihanraya umum pada Mei 2013.

Bagaimanapun, dengan pilihraya umum semakin dekat, penganalisis politik melihat kemelut pemilihan CEC dijangka mengubah polar pengundi bandar terutama rakyat Pulau Pinang dan Selangor yang dipercayai semakin tawar dengan propaganda DAP dan Pakatan Harapan.

Pada masa yang sama, sejarah seperti berulang kembali, Kit Siang dan partinya berdepan masalah serupa seperti mana berlaku pada April 2013.

Pada ketika itu, setiap calon DAP menerima dua watikah perlantikan untuk PRU di mana mereka bakal bertanding di bawah bendera PKR dan PAS jika Suruhanjaya Pilihanraya tidak membenarkan calon mereka bertanding.

Sungguhpun begitu, nasib menyebelahi mereka apabila calon mereka dibenarkan bertanding dibawah bendera parti sendiri.

Tetapi kali ini mungkin berlainan akibat daripada tindakan mereka yang tidak menjangka bahawa hasil siasatan oleh RoS mengisytiharkan bahawa pemilihan CEC pada 2013 tidak sah.

Dan mereka yang sebelum ini angkuh mengeluarkan arahan dalam Pakatan Harapan, mungkin terpaksa menjadi mengemis untuk bernaung di bawah PKR, PPBM dan PAN dalam pilihanraya umum ke 14.

Bagaimanapun, pemerhati politik melihat krisis parti rasis itu dijangka membantutkan usaha proses pendaftaran HARAPAN seperti mana yang terjadi kepada Pakatan Rakyat.

Ini sekaligus bakal mencetuskan pertelingkahan sesama pimpinan pembangkang yang suka menyalahkan satu sama lain sekalipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjuang bersama mereka.

Dengan DAP semakin tersepit, pakatan pembangkang juga semakin hanyut daripada impian mereka untuk mencapai misi menjadi Kerajaan Persekutuan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 July 2017 6:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: