Kategori Berita Utama

Kit Siang tiada hak arah Selangor buat Pilihanraya mengejut

20 SEPT : UMNO Selangor menolak dakwaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor tidak adil sekaligus bakal memberi kemenangan kepada BN untuk kembali memerintah negeri Selangor.

Menurut ADUN Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz, Kit Siang tidak hak untuk mengarahkan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pilihan raya mengejut kerana ia adalah hak kerajaan negeri itu sendiri.

“Kalau kerajaan negeri nak buat Pilihan Raya, itu hak mereka. Tapi kalau nak kata beri kelebihan kepada UMNO-BN, itu pendapat dia (Kit Siang) sahaja. Belum tentu lagi sebab ini kawasan (di Selangor) banyak kawasan perumahan,” katanya.

imageKit Siang dalam satu kenyataan semalam mencadangkan agar gabungan Pakatan Harapan (PH) menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor.

Jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, persempadanan semula yang dibuat SPR adalah bertujuan untuk mengembalikan pemerintahan UMNO BN di Selangor.

“Belum pasti sebab UMNO pun sedang kaji di negeri Selangor. Mungkin ada bantahan juga dari UMNO, kami pun ada yang tidak puas hati. Itu tuduhan yang saya rasa tidak boleh dipegang dahulu, itu cuma andaian dia (Kit Siang),” tambah Johan.

Dalam pada itu, bekas ketua pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias turut membidas kenyataan Kit Siang dalam perkara yang sama.

“Itu sangkaan tidak benar. Pada saya ini tugas SPR dan akan dibentangkan kepada Parlimen. Tugas dan tanggungjawab untuk membentangkan mengenai persempadanan ini. Sudah terlewat dan paling lewat pun 10 tahun lalu sepatutnya sudah dibentangkan.

“Apa yang dia (Kit Siang) lihat itu bila ada persempadanan semula sahaja, ini untuk beri kemenangan kepada UMNO BN. Itu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada rakyat bahawa SPR jadi alat kepada BN, sedangkan ini tugas SPR. Perkara ini akan diputuskan oleh Parlimen,” jelas Shamsudin.

SPR sebelum ini telah mencadangkan usaha penamaan semula 12 kerusi Parlimen dan 34 kerusi DUN di seluruh negara berdasarkan kesesuaian penambahan kawasan dalam sesebuah kawasan bermula Khamis lalu hingga 14 Oktober ini.

Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor (5), Perak (3), dan masing-masing satu kerusi di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut SPR, bantahan mesti sampai kepada badan itu dalam masa sebulan sebelum 14 Oktober ini.

Sementara kerusi DUN di Sabah akan ditambah sebanyak 13 kerusi daripada 60 kerusi sekarang.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 September 2016 2:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]