Kategori Berita Utama

Kit Siang tidak perlu berdalih hasrat DAP berkuasa

22 JAN: Penasihat DAP Lim Kit Kiang cuba menepis bahawa parti itu akan berkuasa sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.

Alasan Ahli Parlimen Gelang Patah itu bahawa bagaimana mungkin orang Melayu yang mendominasi 70 peratus daripada kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, akan kehilangan kuasa politik kepada Cina, yang hanya 13 peratus daripada kerusi Parlimen.

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang berkata, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal berkuasa atau tidak, realitinya terlalu sedikit kerusi yang mempunyai perwakilan bukan Melayu.

Beliau sebaliknya menuduh kenyataan Najib bahawa DAP mungkin menguasai kerajaan jika PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membentuk kerajaan persekutuan dalam pilihan raya akan datang hanyalah sebahagian taktik Najib dan UMNO untuk mengulangi pembohongan terhadap penduduk Melayu luar bandar agar mempercayainya.

Menurut Najib, dalam sebuah negara demokrasi, parti yang memiliki kerusi paling banyak akan berkuasa dan membayangkan DAP akan mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Sebenarnya kenyataan Najib terhadap kemungkinan DAP membentuk kerajaan bersama PH dan PPBM ada asasnya.

Untuk rekod, DAP bertanding 51 kerusi parlimen pada PRU 13 dan memenangai 38 kerusi – jumlah lebih besar berbanding diperolehi sekutut mereka iaitu PKR (30 ) dan PAS (21).

Dengan keseluruhan 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) ketika itu, pembangkang cuma perlu 24 kerusi lagi untuk menang dengan majoriti mudah.

Sudah tentu dengan adanya Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM, tidak mustahil kerusi dimenangi pembangkang cukup bagi membolehkan mereka menubuh kerajaan selepas PRU 14.

Kit Siang sebelum ini pernah berkata, BN hanya  mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala PR mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.

Menurutnya, 82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan Bumiputera.

Tidak mustahil pada PRU 14, DAP akan menambah bilangan kerusi ditandingi supaya mencapai kemenangan lebih besar bagi mengatasi PKR, PAN dan PPBM.

DAP kini dikatakan bekerja kuat untuk memenangi sehingga 47 kerusi parlimen dengan mensasarkan Johor, Negeri Sembilan dan Selangor serta Pulau Pinang.

Sudah tentu jika berjaya mencapai sasaran itu dan dengan dibantu kerusi dimenangi PKR, PAN dan PPBM, apa dikatakan Najib tentu tidak mustahil.

Jadi tidak perlu Kit Siang cuba berselindung atau berdalih mengenai kemungkinan DAP yang akan berkuasa sekiranya PH menang kelak.

Walaupun PAS tidak bersama PH dan jika PAS memilih bersendirian, ini sudah cukup untuk membolehkan pembangkang memenangi PRU 14.

Share This:




Berita Bertarikh pada 22 January 2017 10:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]