Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

‘Kita kerja seperti esok PRU’

5 DIS: Penggemblengan tenaga bagi seluruh ahli UMNO penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia adalah fokus yang ditekankan oleh Presiden UMNO ketika menyampaikan taklimat di hadapan seluruh perwakilan.

Katanya, persiapan tersebut adalah penting dalam menghadapi ‘perang besar’ akan datang.

Taklimat tertutup Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 yang berlangsung hari ini di PWTC

“Suasana luar biasa, so many people today ini satu petanda baik, semua maklum 2 tahun lalu kita berdepan dengan pelbagai cabaran, amanat Presiden kali ni dapat gembleng dan menyentuh serta beliau menghargai suasana berbeda tahun ini.

“Tapi dalam masa yang sama Presiden kita telah beri penekanan tertentu dan saya tengok diterima baik oleh perwakilan,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Tambah Hishammuddin, semua jentera kini perlu berkerja seolah-olah esok adalah PRU.

“Saya tengok kita kena mula daripada sekarang, sebenarnya kita dah mula dari dulu lagi, dalam setahun ni banyak yang kita lakukan, ini yang terakhir kita kena gemblengkan semangat rapatkan barisan, kena pastikan tumpuan pemilihan dalam parti bagi menghadapi PRU tak lama lagi,” ujarnya lagi.

Bagi ahli majlis tertinggi, Datuk Jailani Johari, masalah dalaman parti harus diselesaikan dengan segera supaya rakyat percaya kepada UMNO BN untuk memberi mandat seterusnya pada PRU akan datang.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditemui media selepas Taklimat Presiden UMNO di Dewan Merdeka pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 PWTC

“Kita harus bersatu hati, persiapkan minda for the winning battle nanti, ahli UMNO perlu selesaikan dulu masalah dalaman untuk menhadapi PRU14,” tambahnya.

Sementara itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata bagi pihak wanita pula akan bertungkus lumus dalam menentukan masa hadapan anak muda yang perlu digalas UMNO.

“Jadi kami ahli parti, kita membangun dgn satu produk yang boleh diterima insyallah oleh rakyat, yang menjaga negara stabil, aman, makmur untuk masa hadapan anak anak muda kita.

“Datuk Seri Najib berkata kita bertanggungjawab untuk menentukan lebuhraya masa hadapan anak muda kita dan terletak atas bahu kita. Walhal pembangkang apa perancangan dia? Perancangan pembangkang hanya untuk diri sendiri dan gimik sahaja. Insyallah lah wanita akan all out,” ujarnya.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil ditemui media selapas Taklimat Presiden UMNO di Dewan Merdeka pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 6:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: