Kategori Berita Utama

KJ cadang bukan Melayu diterima masuk UMNO

16 MEI: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan pimpinan parti mempertimbangkan keahlian bukan Melayu.

“Kita perlu pertimbangkan semua pilihan dengan serius. Apa model yang kita mahu?

“Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pertubuhan Kebangsaan Rakyat Malaysia Bersatu?

“Apa DNA kita, apa ertinya asas kewujudan kita,” soal Khairy dalam wawancara disiar Channel News Asia.

Jelas Ahli Parlimen Rembau, perkara-perkara ini wajar dipertimbangkan serta menyifatkan UMNO tidak perlu terikat dengan model tertentu tetapi terbuka pada banyak kemungkinan.

Pada PRU14, BN menang 79 kerusi parlimen pada pilihan raya umum minggu lalu, 54 daripadanya kerusi UMNO.

Ketika ini parti itu hanya menguasai Pahang, Perlis dan Sarawak, manakala kerajaan negeri lain dikuasai gabungan Pakatan Harapan (PH)-WARISAN.

Parti komponen MCA, MIC  dan GERAKAN di Semenanjung kalah teruk, sementara parti beberapa lagi komponen di Sabah dilaporkan meninggalkan gabungan berkenaan.

Komponen-komponen di Sarawak dilaporkan sedang menimbang untuk bersama kerajaan Persekutuan PH dan paling cepat, keputusan itu boleh diketahui minggu ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 12:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: