Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KJ pilih kekal di Rembau

15 APRIL: Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan memilih untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda UMNO itu mengakuinya ketika ditanya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sama ada bersedia berpindah ke kerusi lain.

“Saya kata terpulang kerana saya orang parti hanya mengikut arahan tetapi jika ditanya pilihan saya sudah pastilah di kawasan ini,” katanya hari ini di Rembau.

Tegas Menteri Belia dan Sukan, beliau yakin BN akan terus diberi mandat oleh rakyat untuk terus menerajui kerajaan.

“Oleh itu, saya minta pengundi jangan buat silap berdasarkan emosi dan akhirnya kita tidak dapat menikmati pembangunan,” katanya.

Pada PRU12, menantu kepada perdana menteri ke-5 itu bertanding pertama kali di Parlimen Rembau yang mencetuskan kemenangan dengan majoriti 5,746 undi  dan seterusnya mempertahankan kerusi berkenaan pada Mei 2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 3:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: