Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KJ rayu rakyat Malaysia bantu adik Amsyar

9 DIS: Sebanyak RM350,000 diperlukan adik Muhammad Amsyar Muhammad Illyas untuk membuat pemindahan hati di China pada Januari nanti.

Penderitaan bayi berusia satu tahun dua bulan itu telah mendapat perhatian Pemuda UMNO Malaysia yang dikesan mengidap penyakit kegagalan fungsi hati ketika berumur dua bulan.

“Saya ingin membuat rayuan kepada rakan media untuk menyebarkan bagi membantu adik Amsyar mengumpul dana yang diperlukan untuk pembedahan pemindahan hati di sebuah hospital di China.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berbual bersama Ibu kepada adik Amsyar yang menghidap penyakit Biliary Atresia & liver failure yang memerlukan kos rawatan tinggi untuk pemindahan transplant di China

“Setakat ini, dana yang terkumpul ialah sebanyak RM128,000, dan sekiranya tidak dapat bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi mengancam nyawa adik ini,” katanya pada sidang media khas, di PWTC, pada Sabtu.

Khairy telah membawa adik Amsyar dan ibu bapanya iaitu Norazlinah Abd Aziz, 35, dan Muhammad Illyas Isa,32, ke sidang media khas itu ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 sedang berlangsung.

Menurut Khairy, pihak UMNO terutamanya Pemuda terpanggil untuk membantu Amsyar kerana ia adalah masalah kesihatan yang kronik dan perlu mendapatkan rawatan di luar negara.

“Ini adalah kes terpencil, kebanyakannya kita dapat buat di hospital kerajaan, tapi ini tidak dapat kerana sangat kronik dan melibatkan pemindahan hati.

“Jadi janganlah timbul isu kenapa tidak dilaksanakan di dalam negara, seperti yang saya katakan ia kes jarang-jarang didapati di negara ini, malah PPUM yang merawat adik ini mengesyorkan untuk mendapatkan rawatan di China,” ujarnya yang turut memberi sumbangan peribadi RM20,000 kepada Amsyar.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam sidang media memaklumkan tabung bantuan untuk adik Amsyar yang menghidap penyakit Biliary Atresia & liver failure yang memerlukan bantuan RM30,000 untuk pemindahan transplant di China

Orang ramai boleh memberi sumbangan kepada Amsyar menerusi akaun Maybank milik ibunya Norazlinah Abd Aziz, 505028613765.

“Kita menggunakan kesempatan pada PAU ini untuk kumpulkan seberapa banyak dana. Saya akan minta Pemuda mebawa tabung ke tempat orang ramai untuk mendapatkan sumbangan.

“Saya harap ehsan rakyat Malaysia dapat meyumbangkan berapa sahaja walaupun sekecil mana pun nilainya, saya yakin ia amat berharga dan bermakna kepada keluarga Amsyar,” jelasnya yang turut memberitahu bahawa hati ayah Amsyar sendiri telah disahkan
sesuai untuk tujuan pembedahan pemindahan hati tersebut.

Sementara itu Norazlinah mengucapkan terima kasih kepada Khairy dan UMNO kerana prihatin dan sudi membantu tentang masalah kesihatan anak keempatnya itu.

Beliau yang turut rasa terharu sangat mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia bagi membolehkan kesihatan anaknya sembuh dan kembali ceria sebagaimana kanak-kanak lain membesar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 December 2017 12:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: