Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KKR sedia bantu KPLBW bina jalanraya

24 JAN: Prihatin dengan rintihan rakyat di Bahagian Mukah, Sarawak yang memohon dibina jalanraya menghubungkan kawasan penempatan persisiran di Pulau Bruit bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa lemas ketika mengguna pengangkutan sungai, Kementerian Kerja Raya tampil menyatakan kesediaan untuk membantu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata meskipun pembangunan jalan raya luar bandar bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya namun pihaknya akan tetap membantu untuk memudahkan pelaksanaan projek berkenaan demi kepentingan rakyat.

“Bidang kuasa dan tumpuan kita adalah jalan-jalan persekutuan sementara jalan-jalan luar bandar pula adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi kita akan tetap membantu dalam pelaksanaannya,” katanya kepada pemberita di Kuching, Sarawak, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan untuk membina jalan raya di Pulau Bruit bagi menggantikan pengangkutan air yang kini menjadi jalan perhubugan utama penduduk.

Fadillah berkata kementeriannya akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti keperluan jalan raya itu.

“Kita akan lihat pada keutamaan dan keperluan serta sebagainya, sebab (kalau ikut) kehendak, semua hendak cepat tapi semua ini harus mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Kejadian bot karam yang menyebabkan 10 orang mati lemas berdekatan Kampung Kut, salah sebuah penempatan di Pulau Bruit pada Sabtu lepas menyebabkan ramai penduduk mendesak supaya jalan raya dibina di kawasan mereka.

Bot yang karam di Bintangor, Jumaat dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat. Seorang penumpang lelaki berusia 28 tahun masih hilang.

Bot yang karam di Bintangor, Jumaat dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat. Seorang penumpang lelaki berusia 28 tahun masih hilang.

Manakala hari ini, sebuah lagi bot yang membawa 18 penumpang karam mengakibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas dekat Sungai Sian, di Bintangor, Sibu.

Ketua Polis Bintangor, ACP Mohd Hafifi Mohd insiden berlaku dipercayai kerana bot berkenaan membawa lebih muatan.

“Bot tersebut dengan enjin 30hp (kuasa kuda) hanya boleh membawa 12 penumpang sahaja. Ketika insiden, terdapat 18 penumpang di dalamnya mujur 17 yang lain terselamat,” katanya.

Selain itu, katanya, bot berkenaan juga dipenuhi barangan peribadi mangsa termasuk beberapa kampit simen.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2014 10:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: