Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

KLIA2 dijadualkan buka 2 Mei depan

KLIA2, lapangan terbang khas terbesar untuk syarikat penerbangan tambang rendah dijadualkan dibuka pada 2 Mei 2014 berdasarkan 94 peratus pembinaan sudah siap.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata bangunan terminal telah pun siap 99 peratus dan “kini di peringkat akhir kerja”.

Beliau berkata demikian kepada media selepas penyampaian penghargaan konsep jenama cemerlang di KLIA2 kepada rakan perniagaan komersil oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Abd Hamid berkata 33 peratus daripada penender yang berjaya untuk lot runcit sama sekali baharu kepada persekitaran komersil lapangan terbang tempatan.

klia2Beliau berkata MAHB juga mencatatkan 40 peratus penender Bumiputera berjaya, komposisi tertinggi dalam kompleks runcit pada masa ini, “oleh itu, kami telah memperoleh gabungan seimbang jenama tempatan dan antarabangsa.”

Abdul Aziz yakin menjelang Disember tahun ini,  kesemua peruncit boleh masuk dan buat pengubahsuaian dan hiasan semula ke atas ruang kedai masing-masing.

“Rakan perniagaan akan diberikan dua atau tiga bulan untuk menyiapkan pengubahsuaian. Pemeriksaan akhir akan dilakukan pada 15 Mac, 2014 bagi membolehkan lapangan terbang itu memulakan operasi pada 2 Mei seperti dirancangkan.

“Apabila beroperasi kelak, KLIA2 akan mengendalikan sehingga 45 juta pengguna dan ini mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan pesat berkembang di rantau ini,” katanya.- 16/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 October 2013 11:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: