Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Komen bulu dada, ADUN Semerah ditegur Speaker

28 NOV: Gara-gara membuat kenyataan berkenaan bulu dada di dalam dewan, Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz menegur seorang wakil rakyat UMNO.

Beliau memberitahu ADUN Semerah, Mohd Ismail Roslan bahawa bulu pada dada lelaki berkenaan tidak kena-mengena dengan perkahwinan sesuatu pasangan.

Foto hiasan.

“Mungkin ini hanya berlaku di kawasan anda dan jika anda tiada soalan tambahan, sila duduk,” katanya semasa sesi persidangan Dewan Negeri, di Iskandar Puteri, Selasa.

Terdahulu  Ismail membuat dakwaan dalam dewan bahawa seorang wanita warga emas di kawasannya berkahwin dengan seorang lelaki warga asing yang mempunyai bulu di dada.

ADUN Semerah itu mengeluarkan kenyataan itu ketika mengemukakan kepada jawatankuasa agama negeri, Mutalip Abd Rahman sama ada kerajaan negeri mempunyai sebarang dasar mengenai perkahwinan antara wanita warga emas beragama Islam dengan lelaki warga asing.

Bagaimanapun, Mutalip berkata Jabatan Agama Islam Johor mempunyai dasar untuk perkahwinan antara penduduk tempatan dan warga asing.

“Terdapat banyak proses perlu dilalui seorang lelaki warga asing sebelum dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan, termasuk mendapat persetujuan daripada jabatan agama negara asalnya, pengesahan Jabatan Imigresen, ujian HIV dan persetujuan dari kedutaan mereka,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2017 6:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: