Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Komik Ultraman pun hina kalimah Allah!

6 MAC: Macam-macam nampaknya dilakukan bagi menghina kesucian agama Islam dan kalimah Allah dalam penerbitan bahan percetakan.

Terbaharu pada pada Khamis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terpaksa mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku komik ‘Ultraman The Ultra Power’, kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

ultramanAntara petikan ayat dalam komik tersebut ialah, “Beliau dianggap sebagai ‘Allah’ atau Elder untuk semua wira Ultra”.

Buku komik dalam bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan media KDN yang dikeluuarkan hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa mulai 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

ultraman dianggap Allah“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Alasan kenapa buku ini dikenakan Perintah Larangan:
1.Ini adalah kerana kandungan buku ini mengunakan watak Ultraman King yang digambarkan seperti Allah.

2.KDN mengenakan Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi watak idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King.

3.Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah yang sentitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh mengemparkan fikiran orang ramai.

4.Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

5.Watak Ultraman tidak haram, tetapi yang haram adalah terbitan edisi ini sahaja.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2014 12:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: