Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Kompaun jika parti politik pasang bendera sebelum PRU

6 MAC: Pihak berkuasa Tempatan (PBT) memberi amaran kepada parti-parti politik untuk tidak memasang bendera parti di tempat awam sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Yang Dipertunya Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Khairin Nazry Karim berkata parti-parti politik yang ingkar akan dikenakan kompaun.

Poster pilihan raya (foto hiasan)

“Melalui pemantauan yang dibuat, pihak kami mendapati ada pihak yang melanggar peraturan dengan memasang bendera parti di tempat awam dan sudah mengarahkan pihak terbabit menurunkannya,” katanya di Kangar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas terdapat parti-parti politik di Perlis yang memasang dan menggantung bendera mereka di tempat-tempat awam khususnya walaupun SPR belum mengisytiharkan tarikh pilihan raya.

Sementara itu, Khairin Nazry berkata MPK membelanjakan RM500,000 pada tahun lalu bagi membina laluan pejalan kaki di kawasan  tumpuan pelancong di Padang Besar dan Kuala Perlis.

“Selain itu pihak kami turut menambah baik sistem tempat meletak kereta berpalang di Arked Niaga Padang Besar serta menurap semula kawasan tersebut yang disambut baik oleh orang ramai,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 7:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: