Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Konsert ragut lima nyawa dibatalkan

15 MAC : Lima orang termasuk dua wanita maut dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan ketika menyaksikan Konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil, malam tadi.

 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lelaki dan dua wanita itu berusia di antara 19 dan 28 tahun.

khalidigp

Khalid

Dalam pada itu, dua lelaki dan dua wanita dilaporkan kritikal juga dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

Mangsa yang kritikal kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan insiden itu amat malang dan pihaknya merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi itu.

Menerusi Twitternya, Khalid turut memaklumkan konsert berkenaan dibatalkan. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2014 7:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: